Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Daisypath Anniversary tickers

here she is!

Lilypie First Birthday tickers

Monday 17 December 2012

AL KISAH.....baca laa ada berita hepi ni..^_^

Assalamualaikum n salam sejahtera....(skema laa plk kan??) haha..ok..sudah lama saya tak mengupdatekn blog ini...banyak yang hendak diceritakan, tapi saya M.A.L.A.S! oops! hehee...tak tahu laa sejak akhir2 ni saya rasa menjadi semakin malas...(hohohoooo...bahaye ni!)

tapi, bila dah start typing ni...rasa best plk! hahaa..agaknya sebab lama tak type2 kan...hehe...ok....so many things to tell..hari tu janji nak cerita pasal my wedding dengan seorang putera dari kayangan kan?? erk?? macam pelik saja. putera dari kayangan? haha...(jangan bermimpi ok!) ni pesanan untuk diri sendiri..hehe..(jangan perasan or megah dengan kelebihan yang ada..rendah diri sudah...kan? sebab semua yang dimiliki ni hanyalah pnjaman semata2..so take note about that..^_^)

ok! sudah jauh tersimpang dari nawaitu sebenar kenapa saya menulis entry untuk kali ini..herherher..ok..saya punya point sebenarnya saya nak bagitau saya dah lama tak update...tu je..hehe...jangan laa marah..hohoo...

tapi..saya ada cerita..terbaeekkkk punya! haha...terbaek laa sangat kan? hehe...ok..untuk entry kali ni..saya nak bercerita mngenai anugerah terindah sepanjang hidup saya sebagai seorang isteri..

bagi seorang wanita...takda apa lagi yang diharapkan olehnya dalam hidup melainkan dikurniakan seorang suami yang bakal memimpinnya ke syurga selepas ibu dan bapanya. perkahwinan itu memang indah. apatah lagi disulami dengan kasih sayang dan ditemani dengan cahaya mata yang menjadi lambang cinta terhadap sesuatu perkahwinan.

dan apabila seorang isteri itu disahkan hamil..itulah perkara terindah dalam hidupnya. dan dengan itu maka lengkaplah lagi baginya untuk menjadi wanita yang sempurna kerana telah bergelar anak, isteri dan ibu..dan insyaAllah akan bergelar nenek suatu masa nanti..

begitulah apa yang saya rasakan pada ketika ini. sungguh besar nikmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada saya. saya bersyukur kerana diberi peluang olehNya utk mengandungkan seorang lagi bakal khalifah di muka bumi ini. setelah 8 bulan menanti, akhirnya saya disahkan mengandung.

rasa gembira yang teramat sangat tu hanya Allah sahaja yang tau. yelaa..ingatkan saya ni tak normal ka...ada masalah ka..tapi alhamdulillah..segalanya sudah terjawab.

sepanjang menanti berita gembira ini, saya sedar betapa sedihnya bagi sesetengah pasangan terutamanya yang telah lama berkahwin tetapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. sepanjang tempoh itu juga laa saya belajar untuk menghargai nikmat yang telah dianugerahkan. bagi mereka yang telah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata, "banyakkan bersabar atas dugaan yang diberikan, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk umatNya. yang penting banyakkan berdoa supaya dikurniakan cahaya mata. dan satu lagi, jangan lupa untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah.."

dan bagi yang telah mempunyai cahaya mata, tahniah..kerana rezeki akan sentiasa ada. didiklah anak dengan penuh berhemah. jangan terlalu dimanjakan bagi mengelakkan mereka menjadi seperti "anakku sazali" suatu masa nanti. andai perlu dirotan, rotan la anak tapi bukan merotan dengan penuh perasaan sampai anak itu tidak bermaya lagi. tapi rotan la dengan niat untuk mendidik.

anak2 merupakan aset andai dididik dengan betul. anak2 jugalah yang akan mendoakan kita di akhirat kelak. jangan biar anak menjadi liabiliti kepada kita. oleh itu..didiklah anak selagi masih diberi kesempatan. mudah2an anak2 kita menjadi manusia yang berguna dan seimbang kehidupannya dunia dan akhirat.

ok..panjang sudah cerita saya..hehe...bila baca balik...hatiku terdetik..(betulkah apa yang saya tulis ni?) hehe...dalam usia baru 21tahun..(januari 2013 sudah masuk 22 tahun..hehe) macam pelik pun ada..kenapa?? sebab saya hanya menyampaikan idea ini apabila saya menulis essay yang akan ditanda oleh cikgu ka..lecturer ka..hohoo...begitu skema ok.

tapi, itu la luahan dari hati yang paling dalam serta tulus dan ikhlas..hohoo..

ok laa...sampai bertemu lagi dalam entry yang akan datang..^_^

take care to all readers! and pls come back again!

XOXO!! ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...