Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Daisypath Anniversary tickers

here she is!

Lilypie First Birthday tickers

Monday, 8 July 2013

Ramadhan is around the corner! ^_^

Assalamualaikummmmmmm!!!
haa...seperti yang kita semua sedia maklum, pengumuman puasa sudah pun diumumkan sebentar tadi..and tarikh untuk berpuasa pada tahun ini adalah pada 10 Julai 2013 bersamaan dengan hari rabu ini..

so..
sudah bersedia untuk menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun ini??
sebagai umat Islam, kedatangan Ramadhan itu merupakan 1 rahmat di mana pada bulan itu laa peluang bagi kita untuk menambah pahala dengan mempertingkatkan amal ibadah kita kepada yang maha Esa..and semoga kita diberi kekuatan untuk terus beristiqamah dalam melakukan amal ibadah agar kita sentiasa diredhai olehNya..
InsyaAllah...;)

untuk Ramadhan kali ini..sudah 2 kali saya menyambutnya sebagai isteri kepada suami saya yang sangat saya cintai iaitu Mohd. Razip Bin Yasin...:)
bersyukur sangat2 kerana masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang mulia ini bersama2 dia..mudah2an jodoh dan usia kami dipanjangkan agar kami dapat menikmati lagi bulan yang penuh keberkatan ini..

Ramadhan kali ini juga sangat berbeza bagi saya sebab saya menyambutnya dalam keadaan yang sedang sarat..sekarang usia kandungan saya sudah mencecah 37 minggu 2 hari..dalam masa 3 minggu +/- saya bakal melahirkan zuriat pertama kami...alhamdulillah...rezeki anak ini dapat lahir dalam bulan Ramadhan..

PUASA..
dalam keadaan sarat macamni..memang saya berfikir banyak kali untuk berpuasa atau tidak..melalui pembacaan saya, ibu dibolehkan berbuka puasa sekiranya tidak larat dan hanya disuruh menggantikan puasa..tetapi sekiranya ibu tersebut khuatir akan kesihatan bayi yang dikandung..maka, si ibu hendaklah menggantikan puasa dan membayar fidyah..

Ramadhan kali ini, saya cuba laa untuk berpuasa. mudah2an laa saya larat..hehe..kalau tidak larat..saya berbuka saja laa...hohoo...tapi apa2pun, semuanya bergantung kepada niat kita..kalau kita memang kuat..maka akan lengkap laa puasa kita pada hari itu..tapi kalau betul memang tidak larat..tidak salah berbuka..lagi2 bagi ibu yang sedang sarat seperti saya...yang penting kena ganti laa..haaa...dosa taw tidak ganti..jadi kepada anda2 yang kuat, gagah dan perkasa..jangan sesekali cuba untuk ponteng puasa..melainkan dengan sebab yang KUKUH sahaja...haa..

okayyyyy....sekian...hehehee..
nanti saya bercerita lagi..

o yaa...bagi mengakhiri celoteh pada kali ini...saya dengan ini ingin mengucapkan...

"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAQ"

kepada pembaca yg seagama denganku..^_^
mudah2an Ramadhan kali ini akan membawa lebih banyak keberkatan dan barakah kepada kita..
InsyaAllah..:)

xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...